Pengumuman Rasmi: I DID SOLUTION Kini Sah Berdaftar Di Bawah SME Corp Malaysia (Status PMKS)
Pencapaian Syarikat • Status PMKS
I DID SOLUTION Diperakui Berdaftar Dengan SME Corp Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa I DID SOLUTION telah berjaya berdaftar secara rasmi di bawah SME Corp. Malaysia dan disahkan memiliki Status Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi Kategori Kecil.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan komputer, servis perkakasan ICT, serta sokongan tender kerajaan dan swasta yang berintegriti tinggi di Perlis.